Wednesday 18 May 2016

Contoh Teks Ucapan VVIP (Dinner)

Assalamualaikum,
ok disebabkan aisyah, asyikin dan naz keep tanya aku pasal contoh teks vvip dinner final year baru2 ni, ok aku dedahkan je . hahaha, over arr budak2 ni. motif sgt.


so contoh yg aku try buat

ni front page k, dan salutasi..senior aku kata, wajib buat salutasi tu..


ok dan seterusnya, teks vvip tu nak cakap..

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera saya ucapkan.
         Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, majlis yang dinanti-nantikan oleh para pelajar tahun akhir Kolej Tun Dr. Ismail, iaitu Majlis Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi Sesi 2015/2016 dapat dijalankan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya untuk menjadi tetamu jemputan pada malam yang penuh bergemelapan ini. Saya tentunya berasa sangat gembira kerana dapat menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini. Setinggi-tinggi perhargaan dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
           Saya juga telah dimaklumkan bahawa Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi Kolej Tun Dr. Ismail diadakan pada setiap tahun bagi meraikan para Pelajar Tahun Akhir Kolej Tun Dr. Ismail. Jadi, syabas dan tahniah kepada semua Pelajar Tahun Akhir Kolej Tun Dr. Ismail Sesi 2015/2016 kerana bakal menggapai impian anda untuk merangkul segulung ijazah. Sesungguhnya keikhlasan dan usaha anda yang  berterusan akan menjadi azimat dalam  meningkatkan kecemerlangan anda semua bagi menjadi modal insan kelas pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang akan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020.
           Nasihat saya untuk pelajar semua, percayalah jika anda mengamalkan sikap yang positif dan sentiasa rajin berusaha pasti anda bakal merealisasikan impian untuk menjadi graduan yang cemerlang. Dunia ini penuh cabaran dan rintangan, jadikannya sebagai pembakar semangat untuk anda lebih kuat dan bersedia menghadapinya di masa akan datang. Disamping itu, ibu bapa serta rakan-rakan juga memainkan peranan penting dalam memberi dorongan dan perangsang untuk anda terus bersemangat .
        Ingin saya ingatkan bahawa pelbagai cabaran yang bakal anda tempuhi setelah menamatkan pengajian kelak. Kemahiran Insaniah yang dititik beratkan dan dipelajari di Universiti Putra Malaysia selama beberapa tahun ini perlu anda praktikkan sebaik mungkin sewaktu anda memasuki sektor pekerjaan pada masa akan datang kerana ia mampu menjadikan anda modal insan yang berkualiti dan pekerja yang cemerlang. Hal ini selaras dengan matlamat Universiti Putra Malaysia yang ingin mempertingkat kualiti dan daya saing graduan setelah tamat pengajian.
          Dengan tema Kedipan Kasih, Melakar Memoir saya berharap para pelajar dapat mencapai impian dan cita-cita anda seterusnya dapat melakar dan meninggalkan memori terindah di Kolej Tun Dr. Ismail. Semoga segala pengalaman anda sepanjang bergelar mahasiswa dan mahasiswi mampu meningkatkan diri anda ketahap yang lebih baik di samping memahami tanggungjawab membina masa depan negara serta berbakti kepada agama dan bangsa. Akhir kata, saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada para Pelajar Tahun Akhir Kolej Tun Dr. Ismail Sesi 2015/2016.
Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T…

kadang2, vvip tu guna ayat sendiri je bila cakap, cuma as guideline, kita prepare la..ikot la macam mana..
ok, settle..eh jap, kalau ikot procedure kolej aku, terus hantar ke CosComm bagi diorang cek..proses pembelajaran agak tercabar disitu  ya :D boiii!

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian teks. amat berguna untuk saya hahahahahaha

    ReplyDelete